TENTANG E-LOGO MARDI

Apa itu Sistem Kawal Selia Logo MARDI dan Logo Nutrima by MARDI



Sistem E-Logo

Sistem Kawal Selia Logo MARDI & Logo Nutrima by MARDI (E-Logo) adalah satu medium digital yang dibangunkan oleh MARDI. Sistem ini memantau penggunaan logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI yang sah oleh usahawan dan entiti yang telah diluluskan dan didaftarkan oleh MARDI.

alternative
alternative

Pengguna Logo

Pengguna logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI yang sah adalah terdiri daripada usahawan bimbingan dan entiti perniagaan yang telah memohon mengikut kategori dan diluluskan penggunaannya. Pengguna logo boleh membuat semakan ke atas status penggunaan logo yang dibenarkan bagi memastikan status tempoh sah dan kategori produk penggunaan logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI.

alternative

Orang Awam

Orang awam boleh membuat semakan ke atas status produk yang menggunakan logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI di pasaran. Seterusnya, orang awam boleh membuat pengaduan dengan memasukkan butiran seperti aduan dan bukti dokumen produk yang menyalahgunakan logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI bagi membantu MARDI mengawasi penggunaan logo MARDI dan logo Nutrima by MARDI.

alternative